Jumaat, 5 April 2013

Empat kesilapan Maut Seorang Newbie Affiliate.

   
http://www.freedigitalphotos.net/images/Other_Business_Conce_g200-Profit_Loss_And_Risks_Dice_p69115.html
Setiap newbie yang menceburi bidang affiliate pasti mahu berjaya. Mereka selalunya tertarik dengan kenyataan – kenyataan atau cerita – cerita dari para otai mengenai kesenangan menjana wang menerusi affiliate. Namun, ia tidaklah semudah itu kerana semuanya perlu ada usaha dan semangat untuk tidak berputus asa.

Ramai para newbie beranggapan bahawa kekayaan boleh di capai dalam masa satu malam tanpa mengeluarkan usaha yang setimpal. Ingin saya katakan, ia adalah mustahil untuk berjaya dalam masa yang sekejap. Walaupun terdapat para otai yang menjana ribuan ringgi sehari, mereka adalah golongan berpengalaman dan mereka mengambil masa yang agak lama untuk menggapai pendapatan tersebut.

Untuk mengelakkan para newbie tersungkur menghadap bumi, saya senaraikan empat kesilapan yang anda mesti elak pada permulaan karier anda sebagai seorang affiliate.

1.Mempromosi produk dengan komisyen affiliate yang tinggi.

Tidak salah untuk mempromosi produk affiliate yang mempunyai komisyen yang tinggi. Namun, anda perlu peka jika sesuatu produk itu mempunyai nilai komisyen yang tinggi, ia sudah tentu akan menarik ramai affiliate yang berpengalaman untuk mempromosikan produk tersebut. Anda sebagai newbie, hampir mustahil untuk bersaing dengan mereka kerana mereka akan berada di mana-mana sahaja ruang yang ada untuk mempromosi produk tersebut.Untuk permulaan, anda pilih produk yang mempunyai jumlah komisyen yang agak sederhana supaya anda nampak hasilnya ketika anda mempraktikkan apa yang anda belajar berkenaan dengan affiliate.


2.Mempromosi terlalu banyak produk dalam satu masa.

Kesilapan yang newbie selalu lakukan adalah mereka terlalu bersemangat dan mempromosi terlalu banyak produk sehingga tidak tahu apa yang patut di lakukan di kemudian hari. Peraturan pertama sebagai newbie adalah mengikut langkah demi langkah. Jangan melakukan banyak perkara dalam satu masa melainkan anda yakin anda mampu berbuat demikian.Promosi terlalu banyak produk menjadikan anda tidak cermat dalam setiap pekerjaan anda. Anda akan tertekan jika segala rancangan anda tidak mengena atau hasilnya tidak seperti yang anda harapkan.

1 ulasan: