Memaparkan catatan dengan label buat duit melalui affiliate. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat duit melalui affiliate. Papar semua catatan

Selasa, 30 April 2013

Apa Itu Program Affiliate ?

http://www.freedigitalphotos.net/images/Ideas_and_Decision_M_g409-Question_Mark_Dice_p51444.html
Ramai yang bertanya apa itu Program Affiliate?.dan ramai juga yg salah faham dengan maksud affiliate.Biar saya jelaskan lebih mudah.affiliate bermaksud ''Agen pemasaran atau selaku orang tengah yg membantu untuk memperomosikan produk pihak lain''.

Apa Tugas-Tugas Agen afffiliate?.

Tugas seorang ahli affiliate adalah memperomosikan dan memasarkan produk melalui link Affiliate khas yang diberikan oleh pihak penganjur,dimana mereka mencari dan menawarkan komisen yang berpatutan kepada ahli affilite yang berjaya menghasilkan jualan melalui produk mereka.


Perlukah Saya Membayar Yuran Utk Setiap Program Affilite?

Tidak,anda cuma perlu daftar secara percuma tanpa megeluarkan duit poket anda sendiri.Program Affiliate dijamin adalah 100% percuma,malah andalah yang akan dibayar jika berjaya menghasilkan jualan.Jika mana-mana pihak tertentu yg menawarkan program affilite yang berbayar,..so saranan saya tinggalkan and say "good bye"...kerana program seperti itu adalah scam semata-mata.

Berapa Komisen Yang Saya Boleh Perolehi Sebagai Agen Affiliate ?

Ianya bergantung melalui program affilite yang anda sertai,kerana ada sesetengah pihak menawarkan komisen sehingga 70%,50%,40%.sebagai contoh Encik Ali menawarkan 50% komisen untuk produknya yang bernilai RM100.00 maka anda akan mendapat komisen Rm50.00 utk setiap produk yg berjaya anda hasilkan,..itu baru satu produk..bagaimana pula jika anda berjaya menghasilkan 10 jualan...??[kira sendiri]..:P

Apa Jenis Affiliate Yang Boleh Saya Sertai Dan Apa Produk-Produk yang dipasarkan melaluinya ?

Banyak jenis Program Affiliate yang anda boleh sertai asalkan ia menawarkan komisen yang berpatutan dan bergantung kepada kesesuaian anda sendiri.Produk yang dipasarkan ada 2 jenis..

1.Produk Digital.
-Jenis barangan yang boleh dilihat tapi tidak dapat disentuh melalui pancaindera dan hanya boleh di install melalui komputer,laptop,telefon,dan sebagainya.contoh barangan utk produk ini ialah seperti sofware,audio,ebook(buku panduan digital),mp3 dan sebagai.

2.Produk Fizikal.
-Jenis barangan yg boleh disentuh,dilihat,dimakan,keras,lembut,berat,ringan dan boleh dipakai.
Contoh produk fizikal ini seperti Al-Quran Digital,DVD,CD,Pendrive,Buku Bacaan,baju,seluar,beg kulit dan sebagainya.

Ohh!!.hebat jugak jadi agen affiliate ni,Tapi bagaimana dan dimana nak memperomosikan produk-produk tersebut?

Ada empat simple step..

1.Blog atau Website-Lakukan Pemasaran Affiliate anda menggunakan blog,tidak kisahlah jika melalui blogspot atau pun wordpress kerana ianya percuma dan menjimatkan kos.Rasanya ada banyak lagi website2 percuma diluar sana,cuma anda kena rajin untuk explore.Buat artikel dan posting mengenai tawaran anda melalui blog,pastikan juga artikel anda mudah utk difahami dan letakkan link affiliate dibeberapa perenggan artikel.

2.Medium sosial-Cth seperti Facebook,Twitter,googgle plus,pintrest dan banyak lagi,ini adalah antara medium sosial yang terhebat dimasa kini,..postkan sesuatu yang berkaitan dgn menimbulkan minat,dan kelebihan produk yang kepada rakan-rakan anda.

3.Video-contohnya seperti Youtube,Vimeo,Animoto dan sebgainya.Buat Video anda sendiri dan upload @ download melalui youtube atau vimeo,dan melalui animoto pula ianya lagi best sebab banyak kelebihan2 dari segi feature yang terdapat disini.Setelah itu anda share pula video ini melalui blog,facebook,twitter dan sebagainya..

4.Email-Promosikan Produk Affiliate melalui email kepada rakan-rakan anda.Pastikan juga anda tidak menghantar secara kerap,kerana anda akan dicop sebagai spammer.Lakukan dengan cermat dan berkala..

Sekian saja utk Bab ini.Jika ada apa-apa pertanyaan mengenai Program Affiliate,janganlah segan silu utk bertanya melalui ruangan komen dibawah..rasanya saya terlalu sibuk kebelakangan ni,so!!,saya meminta maaf jika ada komen yang belum terbalas..

Pict Credit   

Sabtu, 6 April 2013

Sembilan Perkara Yang Anda Perlu Fikir Sebelum Memilih Produk Affiliate.

http://www.freedigitalphotos.net/images/Alphanumeric_Charact_g414-Brick_Wall_Numeric_With_Shadow_On_White_Background_p126449.html
Ada sembilan perkara yang anda perlu fikir sebelum memilih produk affiliate.

Semua orang tahu, affiliate adalah cara mudah untuk jana wang di internet. Anda boleh melakukan carian di Internet menggunakan frasa berikut ‚“
[ Nama Niche] Affiliate programe“ untuk mencari program affiliate untuk anda sertai dan jana pendapatan darinya. Namun, sebelum anda memulakan promosi anda perlu pastikan program affiliate itu adalah bagus  untuk elakkan diri dari rugi atau tertipu.Berikut adalah 9 perkara yang anda perlu perhatikan sebelum anda mempromosi sesuatu produk itu.

 1.Adakah surat jualan bagi produk tersebut bagus?

Baca surat jualan bagi produk affiliate yang anda ingin promosi.Letakkan diri anda seperti seorang pembeli dan perhatikan sama ada ingin membeli atau tidak selepas membaca surat jualan tersebut.Jika anda tidak rasa keinginan untuk membeli,eloklah anda cari sahaja produk yang lain.Jika anda tidak yakin,apa lagi orang lain yang membacanya.Cari produk yang mempunyai  surat jualan yang hebat dan menarik.

2.Adakah produk tersebut mempunyai kredibiliti yang tinggi?

Periksa sama ada produk tersebut mempunyai kredibiliti atau tidak.Adakah testimoninya boleh di percayai? Adakah pemilik produk boleh di percayai?  Periksa segalanya mengenai produk tersebut.Pendek kata, anda tanya diri anda,adakah anda percaya dengan produk tersebut? Jika anda tidak percaya,orang lain juga tidak akan percaya.Siasat review pembeli mengenai produk tersebut.

3.Siasat review atau komen positif mengenai produk tersebut.

Lakukan carian di Internet mengenai produk affiliate.Anda boleh cuba frasa berikut "[product name] review". Jika terdapat banyak komen yang positif,anda boleh teruskan rancangan anda untuk mempromosi produk tersebut.Adalah penting untuk produk tersebut mempunyai review yang positif kerana ia boleh menambah keyakinan kepada bakal pembeli.

4.Adakah bahan promosi untuk affiliate di sediakan?

Lihat di ruangan affiliate, adakah pemilik produk menyediakan bahan-bahan untuk anda melakukan promosi. Antaranya adalah banner,artikel,viral ebook,squeeze page,video,artikel review dan lain-lain.Jika tiada tetapi anda yakin produk tersebut boleh memberi hasil pada anda, anda boleh teruskan sahaja.Namun,saya nasihatkan anda utamakan produk yang ada bahan-bahan promosi kerana anda sudah nampak bagaimana hendak memulakan promosi.


5.Adakah produk yang anda promosikan itu mempunyai permintaan atau tidak?

Anda janganlah memilih produk yang tidak laku.Anda menjadi affiliate adalah untuk wang dan anda perlu bijak.Anda hanya pilih produk yang ada permintaan dan mempunyai peluang yang tinggi untuk terjual.Jimatkan wang,tenaga atau masa anda utk megelakkan kurugian.

6.Jenis komisyen yang anda boleh dapat?

Siasat jumlah komisyen yang mampu anda peroleh dari produk tersebut.Sekarang sudah menjadi trend untuk sesuatu produk itu mempunyai upgrade jualan. Ini bermakna, bagi satu produk,anda berpeluang untuk memperoleh beberapa kali komisyen.Kira jumlah komisyen bagi menentukan modal dan usaha yang bakal anda laburkan.

7.Periksa sistem cookie bagi link affiliate anda.

Untuk memeriksa sistem cookie sesuatu produk,anda boleh periksa terma dan syarat affiliate atau anda boleh tanya terus pada pemilik produk.Sistem cookie penting untuk di ketahui kerana ia boleh mempengaruhi cara anda melakukan promosi.Risiko menjadi affliate adalah komisyen mungkin terlepas pada orang lain atau pemilik produk itu sendiri di sebabkan cookie yang tidak menanam link affiliate anda di komputer pelanggan.

8.Bila bayaran akan di lakukan?

Ketahui dengan jelas kaedah pembayaran komisyen dan bila ianya akan di bayar. Ia perlu di periksa supaya anda tiada masalah untuk menerima  pembayaran kelak dari pemilik produk affiliate.

9.Adakah statistik affiliate di sediakan?

Periksa ruangan affiliate dan perhatikan sama ada statistik di sediakan.Statistik adalah penting supaya anda boleh track jualan anda.Dari berapa klik,berapa jualan yang terhasil.Dari kaedah mana anda memperoleh klik yang banyak. Pendek kata, statistik penting untuk anda melihat prestasi promosi anda.

Jumaat, 5 April 2013

10 Perkara Asas Dalam Menghasilkan Perniagaan Affiliate Yang Menguntungkan..

http://www.freedigitalphotos.net/images/Other_Metaphors_and__g307-Top_Ten_Word_And_Fireworks_p100806.html
Berikut adalah 10 perkara asas yang boleh anda amalkan untuk membentuk perniagaan affiliate yang menguntungkan :-

1.Memilih satu niche.

Jangan pilih satu produk tetapi pilih satu niche. Dalam banyak-banyak niche yang ada di pasaran, anda pilih satu niche yang lekat di jiwa anda. Rezeki tidak hanya ada pada niche make money online sahaja kerana terdapat banyak lagi niche yang boleh memberi keuntungan kepada anda seperti niche keluarga, niche pendidikan seks dan niche perkahwinan.Kunci di sini adalah anda memilih hanya satu niche bagi permulaan perniagaan anda supaya anda boleh fokus dengan segala kaedah pemasaran yang ada.


2.Mencari produk affiliate yang bermutu tinggi.

Untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu memilih dan mempromosi produk yang berkualiti tinggi. Produk yang berkesan dan berkualiti tinggi akan memberi tanggapan yang baik pada para pelanggan. Jadi, potensi untuk anda menghasilkan jualan adalah tinggi. Jangan tersilap langkah dan memilih produk yang menipu.

3.Bina website bagi setiap niche.

Jangan campur berbagai niche dalam satu blog atau website. Jika anda serius untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan affiliate, anda perlu bina website khas bagi setiap niche yang anda promosikan. Dari sini, anda boleh fokus untuk menjadikan website anda itu one stop point bagi mereka yang mencari yang mencari produk mengenai niche yang anda pilih itu.

4.Sediakan bajet yang mencukupi atau promosi mengikut bajet anda.

Bagi mereka yang ada modal yang banyak, mereka mungkin boleh melakukan promosi melalui pay per click. Manakala bagi mereka yang tiada modal yang banyak mereka boleh tumpukan pada pemasaran percuma seperti pemasaran laman sosial, pemasaran artikel atau SEO. Kawal bajet anda supaya anda tidak membelanjakannya terlalu berlebihan.Bagi setiap website atau niche, anda peruntukkan bajet tertentu dan apabila sudah memperoleh untung, anda boleh labur semula untuk website tersebut bagi memperoleh ketuntungan yang lebih besar.


5.Sentiasa menarik terus pelanggan ke website anda.

Terdapat berbagai cara untuk menarik trafik terus ke website anda, antaranya adalah melalui pay per click, pemasaran artikel, SEO, press release dan bermacam-macam lagi. Konsep promosi anda adalah menarik pelanggan ke website anda.
  
6.Meletakkan link affiliate di dalam setiap post blog anda.

Jika anda ingin menjadi usahawan berjaya, jadilah seorang usahawan. Seorang usahawan sentiasa tidak melupakan aktiviti promosi walaupun mereka sedang tidur. Tinggalkan link affiliate di mana sahaja anda boleh tinggalkan jejak seperti di forum-forum, iklan direktori, blog comment dan lain – lain website.


7.Beri produk percuma untuk mengumpul senarai emel.

Setiap super affiliate pasti akan mengutamakan pengumpulan senarai emel. Ini kerana pemasaran emel adalah pemasaran yang paling santai sekali. Anda perlu ada senarai emel jika ingin bersaing dengan para otai.


8.Jadikan diri tempat pertanyaan.

Jika ada pelanggan atau pelawat website yang mempunyai masalah, jadikan diri anda tempat mereka mengadu. Sediakan sistem support di website anda supaya mereka senang untuk hubungi anda nanti.  Di dalam pemasaran affiliate, jangan sesekali anda mengurangkan jumlah potensi pembeli. Mewujudkan sistem support boleh merancakkan jualan anda.

9.Cuba menghasilkan pendapatan pasif.

Affiliate bagi produk yang melibatkan bayaran bulanan boleh memberi pendapatan pasif pada anda. Jika anda cukup yakin, anda patut cuba untuk mengutamakan produk yang ada bayaran bulanan. Pendapatan pasif adalah salah satu sumber pendapatan yang lumayan di internet. Contoh bagi pendapatan pasif adalah affiliate bagi autoresponder seperti aweber dan web hosting seperti hosgator.

10.Bekerja  mengikut jadual.

Perkara asas yang kesepuluh adalah apa yang anda rancangkan, anda ikut. Jangan sesekali berhenti bekerja sekali anda tidak selesaikan sesuatu tugas. Ini kerana sifat menangguh-nangguhkan kerja boleh membantutkan aktiviti promosi anda.