Ahad, 5 Mei 2013

Tujuh Tips Pemasaran Di Facebook.

http://www.freedigitalphotos.net/images/Internet_g170-Finger_Pushing_Facebook_Button_p79116.htmlDisini saya ingin kongsikan tujuh tips pemasaran di facebook dimana medium sosial ini adalah antara yang paling berpengaruh dimasa kini.Apa yang harus kita ingat bahawa tujuan utama facebook adalah tempat untuk,bersosial,berkenalan,mencari teman-teman lama,dan berkongsi apa saja mengenai perihal masing2.so..jadikan kesempatan ini sebagai sumber pendapatan anda..

1.Sebelum menjual anda perlu ada produk utk dijual,samada ia produk anda sendiri atau pun produk orang lain.sebelum melakukan pemasaran di facebook anda kenalah melakukan kaji selidik mengenai jenis produk yang hendak dipromosikan samada ia mendatangkan keuntungkan atau sebaliknya.

2.Nyatakan lebih terperinci mengenai maklumat dan gambaran produk yang hendak dijual,contohnya jika anda menjual sabun,nyatakan apa kelebihan sabun tersebut,siapa yang boleh menggunakan,berapa harganya,kandungan yg terdapat dalam sabun itu,apa kelebihan selepas memakainya dan byk lagi.

3.Komunikasi amat penting diantara anda dan rakan2 anda di facebook.Rajin bersapa dan sentiasa meningkatkan hubungan baik bersama mereka.Ingat,bahawa mereka juga adalah manusia biasa.Tambah rakan seramai yang mungkin dan ucapkan terima kasih jika mereka menerima anda sebagai rakan.Jangan sesekali terus menjual kerana facebook umumnya adalah tempat untuk bersosial,sentiasalah kongsikan perkara2 yang bermanfaat sambil membina kreadibiliti anda sendiri"sharing is caring".Biarkan rakan-rakan anda lebih mengenali anda dan menerima siapa anda sebenarnya agar memudahkan lagi segala urusan anda bersama mereka dikemudian hari.

4.Bijak dalam memilih waktu yang tepat dan masa yg sesuai utk membuat pemasaran di facebook kerana ia memainkan peranan penting dalam menghasilkan jualan yang lebih efektif.Tak kan lah nak promote setiap 24 jam sehari.:P

5.Bina Fanfage anda sendiri kerana ianya lebih baik jika dibandingkan personal akaun anda.Kongsikan perkara-perkara yang bermanfaat mengenai produk anda tadi sambil menimbulkan minat audience anda.Jangan hanya menjual semata-mata.Elakkan terlalu streotaip atau kaku dengan satu-satunya cara sahaja.Masukkan unsur-unsur humor,fakta,statistik,pendapat,berita,link ke artikel yang menarik, persoalan,menggunakan imej di dalam penulisan di nota (Notes),senarai dan pelbagai lagi bentuk.Jika anda tidak tahu untuk membina fanfage,cari rakan yang boleh buatkan untuk anda atau belajar sendiri dengan mencari pada halaman carian seperti pakcik googgle,bing,yahoo dan sebagainya.:)

6.Berikan keistimewaan kepada pelanggan dan bakal pelanggan anda pada masa-masa tertentu,contohnya seperti potongan harga atau diskaun,kupon,bonus,barangan percuma,penghantaran percuma kerana ini adalah salah satu taktik biasa yang dilakukan oleh peniaga yang berjaya untuk menghargai pelangan mereka.so!! renung-renungkanlah faedah lain yang anda akan dapat.Janganlah bersifat Kedekut dan sentiasa memikirkan keuntungan saja.


7.Tingkatkan lagi cara pemasaran di facebook dengan menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang terdapat melaluinya.Ada beberapa contoh mudah yang anda boleh baca di bawah..
 
a) Event-Buat event atau program-program berkaitan produk anda dan gunakan fungsi ini sebaik mungkin.Jemput semua rakan2 anda utk turut serta bagi memeriahkan lagi suasana dan berikan sesuatu yang bernilai agar mereka terasa lebih dihargai.  

b)Group2 di facebook-Buat atau Sertai seberapa banyak group2 di facebook.Lakukan promosi anda mengikut peraturan2 yang telah ditetapkan oleh admin group dan saling menghormati ahli-ahli lain yang berada didalam group tersebut.

c)Chat-Chating bersama rakan2 anda dalam suasana yg baik dan elakkan utk menimbulkan perkataan yang tidak baik.Bersopan santun,bersabar dan tunggu masa yang sesuai utk melakukan peromosi.Lakukan promosi anda secara halus dan berkesan.

d) Message-Gunakan fungsi ini sebaik mungkin dan lakukan secara berkala,Pm rakan-rakan anda mengenai tawaran anda..biar mereka membuat pilihan dan jangan sesekali memaksa mereka jika mereka tidak berminat.

e) Tagging-Gunakan fungsi “Tagging” sebaik-baiknya,tetapi tag mereka yang berkaitan sahaja.Anda juga boleh menggunakan fungsi tag nama,tag gambar,video.Elakkan daripada tag secara melulu kerana ia boleh menimbulkan perasaan tidak selesa,marah dan seolah-olah menganggu privasi mereka.Gunakan secara Berhemat...

f) Foto dan video-Upload foto dan video anda di facebook dan Kongsikan foto dan video berkaitan mengenai produk anda,pastikan jelas dan memberikan maklumat yang berguna.Jika anda bernasib baik mungkin ada rakan-rakan anda yang sudi share berkenaan gambar dan video anda dan ianya bersifat viral.

g) Facebook Ads-Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang lebih fokus,tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur,minat,tempat tinggal dan jantina.Walaupun FB Ads memerlukan kos (berbayar),namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini,kita boleh mengelak kerugian dan menjimatkan kos pengiklanan.

Pict Credit

2 ulasan:

  1. tips yang sangat2 berguna untuk saya...tqvm.keep sharing ya..

    BalasPadam
  2. akan aku coba tipsnya..
    kunjungan balik ya ke blog aku..

    BalasPadam