Sabtu, 18 Mei 2013

4 Tips Elakkan Program Internet Yang Mengarut.

Entri kali ini menyentuh bagaimana untuk mengelakkan program internet yang mengarut dan merugikan.Gembira berbaur sedih,kerana dah semakin ramai yang dah berniaga secara online sekarang.

Kedua,sedih mengenai sesetengah"orang baru" yang tersilap masuk kandang kerana terpengaruh dengan program dan pelaburan melalui internet yang memberikan janji manis dan hakikatnya ia adalah sebaliknya.Duit habis habuk pun tarada."Ayyoyo!!..apa sudah jadi tambi"..:P

4 Tips Elakkan Bisnes Internet Yang Merugikan.

1.Sebelum menyertai mana-mana program internet lihat dulu sejauh mana program itu mampu bertahan lama,siapa "tok dalang" disebalik program tersebut,dan semak pada real testimoni program dan bukan testimoni yang dibuat2,direka-reka atau memang dah diedit.Kemudian tanya satu persatu individu yang berkaitan betulkah program itu mendatangkan keuntungkan kerana tidak semua yang join program tersebut bersifat jujur.Sentiasa bersikap lebih berhati-hati agar tiada yang akan kerugian dibelakang hari.

2.Hindari 3 jenis sebutan yang akan merugikan anda dan sebaliknya menguntungkan pihak program internet tersebut.

A)-"Jadilah orang pertama sebelum rakan-rakan anda"-Wow!!..biasa terlihat atau terbaca jenis yang ni,Saranan saya tinggalkan dan lari.Sebabnya anda bukan jadi yang pertama tapi sebaliknya.

B)-"Sertai kami dan jadilah jutawan dengan sekelip mata".Tinggalkan dan lari,sebabnya pihak penganjur pun takkan jadi jutawan sebab makan duit yang tak berkat,inikan pula anak-anak buahnya.

C)-"Dapatkan 1k-2k setiap bulan serta-merta dgn menyertai program ni",hingga sekarang pun perkataan ni masih wujud dan semakin ramai pula yang join.kesian dengan mereka-mereka yang tertipu.Realitinya,ia tak semudah yang disangka kerana saya sendiri belum pernah lihat ada yang berjaya dapat 1k-2k setiap bulan apabila terus menyertai program mengarut tersebut,tinggalkan dan lari laju-laju.

3.Elakkan terpengaruh dengan gambar-gambar duit yang ditayangkan hasil dari sesuatu program internet tersebut.Mungkin ini cara lama tapi,masih berkesan sehingga sekarang untuk mengaburi mata anda dan dari segi psikologi ia mampu mempengaruhi orang yang terlihat gambar duit tersebut bersemangat untuk turut serta merta.Duit atau pendapatan itu mungkin duit pinjam dari kawan,duit gaji,duit simpanan dan sebagainya.

4.Rajin bertanya pada mereka-mereka yang pakar dalam dunia Im ni tentang program internet yang anda ingin sertai.Terakhir sekali jangan menyertai program yang tidak memberi manfaat langsung kepada anda dan orang-orang sekeliling,contohhnya seperti program internet dimana setiap urusan jual beli tidak wujud sesuatu produk.

Inilah juga antara apa yang pernah saya lalui pada awal pembabitan saya sebagai IM dahulu,dengar tu"join",tengok tu menguntungkan"join",last-last habuk pun tarada.Selepas berkali-kali tersungkur rasanya dah serik.Tapi sketsa hidup saya berubah bila " ter"jumpa dgn program Alumni atau Bakal Alumni Dr Azizan Osman.Bersyukur dan berterima kasih kerana program ini menghidupkan kembali semangat yang telah hilang.Banyak yang dipelajari cuma perkara pertama yang saya pelajari,"saya perlukan seorang mentor yang boleh membimbing saya untuk berjaya",dan kedua "Pelaburan untuk mendapatkan ilmu yang betul adalah segalanya jika hendakkan kejayaan yang berlipat kali ganda".

Anda dah anda mentor??..

Akan datang"Teknik Pemasaran Facebook Yang Berkesan"


     


Tiada ulasan:

Catat Ulasan