Memaparkan catatan dengan label seo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seo. Papar semua catatan

Sabtu, 6 April 2013

Apa Itu SEO-Search Engine Optimization?


http://www.freedigitalphotos.net/images/Internet_g170-Seo_Dice_Background_Shows_Optimized_Search_Engine_p142078.html
Apa Itu SEO-Search Engine Optimization?.Seo adalah singkatan perkataan dari Search Engine Optimization dan ia merupakan engine pencarian khususnya bagi halaman-halaman seperti website,blog dan sebagainya.

Bagaimana Search Engine Berfungsi?

Enjin pencarian merupakan salah satu cara bagaimana prospek pembeli dibawa dibawa ke laman web anda. Oleh itu, adalah amat perlu untuk mengetahui bagaimana enjin pencari ini berfungsi dan bagaimana enjin pencari ini memaparkan maklumat kepada bakal prospek yang membuat carian.

Contoh Enjin Pencari Yang Popular ialah seperti: Excite,Bing,Yahoo dan Google.Secara asasnya,enjin pencari berfungsi melalui robot yang dipanggil "crawler" atau "spider" (labah-labah).

Enjin Pencari ini menggunakan labah-labah ini bagi mengindex laman web.Apabila anda menghantar maklumat laman web anda ke enjin pencari melalui "search engine submission", labah-labah enjin pencari ini akan mengindeks laman anda.'Labah-labah' ini merupakan satu program automatik yang dijalankan oleh sistem enjin pencari untuk melawat laman web,membaca kandungan pada laman web tersebut, Meta tag pada laman web tersebut dan juga mengibas dimana website tersebut dihubungkan melalui "links". "Spider" tersebut kemudian membawa semua maklumat bersamanya dan kembali semula ke pusat depositori,di mana data-data tersebut diindeks.Ia akan melawat setiap link anda yang mengandungi laman web dan akan mengindeks anda laman-laman ini juga.Sesetengah labah-labah akan hanya indeks beberapa halaman sahaja di laman anda,jadi  pastikan laman web anda tidak melebihi 500 muka surat!

Labah-labah dari masa ke semasa akan kembali ke laman web tersebut untuk memeriksa semula maklumat yang berubah.Kekerapan "spider" untuk kembali semula ke laman web bergantung kepada moderator enjin pencari tersebut.

Labah-labah adalah seperti sebuah buku yang mengandungi isi kandungan (table of contents),kandungan sebenar, links dan rujukan untuk semua laman didapati ketika spider tersebut melakukan "crawling",dan ia boleh mengindeks sehingga sejuta muka surat sehari.


Apabila anda menggunakan enjin pencari untuk mendapatkan maklumat,ia sebenarnya mencari melalui indeks yang telah diwujudkan,bukan melalui laman web yang asal.Enjin pencari yang berbeza menghasilkan kedudukan yang berbeza kerana bukan setiap enjin pencari menggunakan algoritma yang sama untuk melakukan index carian.

Salah satu daripada kriteria utama enjin pencari untuk memaparkan "result" ialah dengan mengimbas kekerapan dan lokasi keyword pada laman tersebut,tetapi ia juga boleh mengesan kata kunci tiruan (yang lebih kepada unsur spam) atau spamdexing.Kemudian algoritma enjin pencari tersebut akan menganalisis cara halaman tersebut dihubungkan kepada laman-laman web yang lain.Dengan memeriksa bagaimana laman web tersebut dihubungkan antara satu sama lain,enjin pencari tersebut boleh menentukan apa sebenarnya laman web tersebut,jika kata kunci laman web tersebut adalah berkaitan dengan kata kunci pada laman web yang dihubungkan.