Rabu, 22 Mei 2013

Teknik Pemasaran Facebook Yang Berkesan.

Teknik Pemasaran Facebook Yang Berkesan
1.Kaji Produk Yang dijual Samada Hot Atau Tidak.

Sesuatu produk memainkan peranan penting melalui pemasaran facebook yang berkesan jika nak menghasilkan profit dan margin yang tinggi,jika tersilap memilih produk maka sia-sialah usaha anda.Jika nak tahu produk tu hot atau tidak,tanya dgn pakcik googgle.Taip apa2 keyword berkaitan produk tersebut,ctohnya jika produk anda berkaitan produk menguruskan badan,anda boleh taip kuruskan badan,cara menguruskan badan,cara nak kurus,cara nak kurus dengan cepat dan berbagai lagi.kemudian lihat pula hasil carian dan bandingkan setiap keyword tersebut.  


2.Kaji Bakal Pelanggan Anda.

Dah dapat keyword yang sesuai,anda perlu kenal dan kaji siapa bakal pelanggan kerana merekalah yang akan menceriakan poket anda setiap hari.cth dibawah jika anda menjual produk menguruskan badan dan target anda mestilah mereka yg berkaitan dgn masalah kegemukkan.

-Apa masalah mereka,apa yang mereka takut,benci,dan kesakitan yang mereka hadapi. 
-Apa yang mereka mahu dan impikan.
-Demografi mereka-cth:,berapa umur mereka,jantina,lokasi mahupun status hidup.
-Aktiviti apa yang mereka minat,jenama kegemaran,rancangan tv dan hobi yang selalu dibuat.

Tips-spesifikasikan lagi satu-persatu setiap contoh diatas.

3.Kaji Pesaing Anda.

Kaji siapa pesaing anda.caranya ialah spy teknik pemasaran facebook yang mereka guna pakai seperti website,fanpage,ayat-ayat "cinta" yang mereka selalu gunakan dan tawaran mereka terhadap pelanggan dan bakal pelanggan mereka.Gunakan teknik kedua diatas utk mengkaji pelanggan mereka.


4.sediakan Ayat-Ayat Yang Super Power Dan Mengancam.

Sediakan ayat-ayat cinta yang super power untuk bakal pelangggan anda dan mempunyai ayat "call to action".Jika tak mahir nak meng"ayat" gunakan kemahiran orang lain atau copy sedikit ayat dari pesaing tadi dan ubahsuai ayat tersebut jadi lebih mengancam.Cthnya jika ayat pesaing berbunyi"Promosi,belilah ubat kurus dari kami dan dapatkan 1 gula-gula percuma".Anda ubahsuai pula ayat tu seperti ini"Promosi terhad,dapatkan diskaun 50% produk kuruskan badan dari kami dan kos penghantaran adalah percuma.Pm Kami dan Dapatkan kod kupon Sms dengan segera".Ayat"Pm kami dan Dapatkan kod kupon sms dengan segera" adalah ayat call to action.   

5.Bina Fanpage.

Bina fanfage dan banyak panduan atau tutorial percuma di internet.Ikut langkah pertama diatas,namakan fanfage anda berkaitan dengan keyword yang dah dipilih dan mudah di ingati,kemudian tambahkan like fanpage anda bermula dgn teman-tema dan group-group di facebook terlebih dahulu.Nak cepat dapatkan like yang banyak dalam 1k-10k,dapatkan service menaikkan like serendah RM50.00 utk 1k like melalui beberapa tempat terkemuka seperti forum wangcyber.com,carigold.com atau group facebook komuniti usahawan seperti Kedai kopi IM. 

6.promosi pada masa dan waktu yang tepat.

kaedah mempromosi pada masa dan waktu yang tepat adalah perlu jika nak meningkatkan jualan.kuasa membeli biasa berlaku waktu selepas gaji dan kuasa membeli kuat bila tiba penghujung bulan iaitu sekitar 24-28hb.Semak masa yang tepat dibawah:-

a)8-10 am.
b)12-2 pm.
c)4-6 pm.
d)9-12 pm.

7.Guna Fb Ads Jika Nak Super Targeted Audience.

Terakhir sekali,gunakan kesemua teknik dan lancarkan Facebook Ads.Jika tidak mahir,belajar dari yang pakar dan beli panduan FB Ads.Meskipun merlukan sedikit kos tapi ianya cukup-cukup berbaloi untuk dapatkan targeted audience untuk fanpage dan meningkatkan lagi margin keuntungan anda.


Suka Entri Ni?..Klik Like Dan Share.."Sharing Is Caring".:P

Pict Credit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan