Sabtu, 6 April 2013

Buat Duit Melalui Fiverr Dan Apa itu Fiverr?

http://www.freedigitalphotos.net/images/Money_g61-Money_In_A_Pan_p20895.html
Buat Duit Melalui Fiverr Dan Apa itu Fiverr?

Pernahkah anda mendengar tentang Fiverr? Tahukah anda laman Fiverr menyediakan peluang untuk anda menjana pendapatan US Dollar secara online? Fiverr adalah sebuah laman web yang menyediakan tempat kepada anda menjual produk,menawarkan servis/perkhidmatan atau apa saja dengan kadar harga 5 US Dollar.Tawarkan apa sahaja yang sanggup anda lakukan untuk bayaran berjumlah 5 US Dollar.


Ketahui 2 kategori pengguna di laman Fiverr, iaitu :

i.    Penjual – menawarkan pelbagai produk dan servis/perkhidmatan
ii.    Pembeli produk atau servis/perkhidmatan

Jika anda ingin merebut peluang menjana pendapatan dalam US Dollar,anda boleh bertindak sebagai penjual di laman Fiverr dengan menawarkan apa jua produk atau servis/perkhidmatan dengan kadar harga 5 US Dollar. Tawarkan apa jua yang anda miliki – produk,kemahiran,bakat dll.Pastikan ianya berbaloi pada kadar harga 5 US Dollar! Iklankan tawaran anda di Fiverr kepada prospek/pembeli di laman Fiverr.Antara servis/perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi di laman Fiverr adalah seperti kemahiran grafik, programming,penulisan artikel,servis SEO,pemasaran sosial,perkhidmatan pengiklanan dan pelbagai lagi jenis servis/perkhidmatan.

Untuk bermula di Fiverr,anda hanya perlu melayari laman Fiverr http://www.fiverr.com dan mendaftar akaun Fiverr.Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk tujuan pendaftaran.Pastikan anda membaca syarat,terma dan peraturan yang ditetapkan oleh pengendali Fiverr agar tidak menawarkan produk atau servis/perkhidmatan yang tidak dibenarkan.Rujuk bahagian FAQ untuk sebarang persoalan yang berkaitan dengan Fiverr.Pastikan anda memahami syarat,terma dan peraturan yang ditetapkan sebelum mula menyediakan gigs pertama anda di Fiverr.Jika melanggar terma,syarat dan peraturan yang ditetapkan,akaun Fiverr anda boleh disenaraihitamkan atau dibatalkan.

Sebagai penjual di Fiverr,anda menawarkan produk atau servis/perkhidmatan pada kadar harga 5 US Dollar. Setiap order yang anda perolehi dan dihantar kepada pelanggan, anda akan menerima hanya 4 US Dollar sahaja.Pengendali Fiverr mengenakan caj 1 US Dollar bagi setiap transaksi jualan yang anda lakukan. Pastikan anda mempunyai akaun Paypal bagi urusan jual-beli di laman Fiverr. Daftar akaun Paypal di sini http://www.paypal.com.Tiada sebarang bayaran dikenakan bagi tujuan pendaftaran akaun Paypal.

Selain membuat tawaran jualan produk atau servis/perkhidmatan anda di laman Fiverr,anda juga digalakkan turut membuat pengiklanan gigs anda di laman-laman lain.Contohnya di blog rakan-rakan anda,laman sosial Facebook,Tweeter dan banyak lagi.Prospek produk atau servis/perkhidmatan yang anda ditawarkan bukan sekadar terdapat di Fiverr sahaja.Kini terdapat lambakan laman web yang turut memperkenalkan konsep sama seperti yang ditawarkan di laman Fiverr.Menariknya terdapat kepelbagaian kadar harga yang diperkenalkan di laman lain.Jadi terdapat pelbagai pilihan untuk anda iklankan produk atau servis/perkhidmatan yang anda tawarkan di Fiverr bermula dengan hanya Usd5.00 sahaja.

4 ulasan: