Sabtu, 6 April 2013

Ilmu Itu Penting.

http://images.inmagine.com/400nwm/westend61/wses167/wses167229.jpgIlmu Itu Penting dan tidak dapat dnafikan bahawa jika ingin maju dan berjaya dalam kehidupan kita maka kita kenalah memiliki ilmu,lebih2 lagi jika ia mengkhusus kepada bidang yg ingin kita ceburi.Tanpa ilmu dan pengetahuan yg betul maka kita pasti akan gagal utk meguasai bidang yg kita ceburi.Tanpa ilmu siapalah kita.
 
  Ilmu adalah asas terpenting dan merangkumi hampir kesemua aspek dalam kehidupan,dan ia tidak terhad kepada mana-mana bidang.Contoh terbaik adalah,jika kita ingin melakukan pemasaran atau lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan internet maka kita perlu ada asas dan pengetahuan dalam bidang tersebut.Maka dgan pengetahuan juga kita boleh mempraktikkan cara,sistem atau kaedah terbaik dimana ia juga merujuk kepada dan bagaimana utk menarik minat prospek luar utk mengetahui dan berminat utk memiliki produk hasil dari perniagaan yg kita tawarkan...
 
   Perkara yg terpenting dalam mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan itu adalah melalui guru,lebih lebih lagi jika ilmu yg kita pelajari dari mereka juga mengkhusus kpd bidang atau niche yg berkaitan dgn matlamat kita.Sbg contoh,jika kita ingin menjual atau menghasilkan kek yg sedap maka carilah guru yg pakar dalam bidang yg membuat dan menjual kek.Lebih banyak yg kita pelajari maka semakin mantaplah pengetahuan yg kita miliki...
 
   Langkah termudah dalam menambah ilmu pengetahuan juga bleh di dapati melalui pembacaan daripada buku,majalah mahupun media-media terkini dimana ia juga membantu kita utk medapatkan info,teknik dan tips-tips terkini mengenai matlamat dan bidang kita ceburi...

Ada beberapa contoh mudah lagi utk anda menigkatkan ilmu pengetahuan seperti dibawah..

1.Forum-Layari dan belajar dari forum di dalam luar dan luar negara dimana tempat utk membincangkan sesuatu perkara atau niche perniagaan yg berkaitan,saling bertanya,bertukar pendapat dan pandangan.Maka jadilah seorang pengguna yg berhemah dan lebih bersifat terbuka utk belajar disamping menaikkan lagi kewibawaan anda sebagai peniaga.

2.Facebook,Twitter,-Antara medium sosial yg terhangat dan berpengaruh diabad ini dengan penggunanya yg sentiasa bertambah ramai setiap hari,banyak tips dan ilmu yg boleh kita pelajari disini selain bersosial,bergosip dan melepakkan diri ketahap maksima.

3.Blog-Blog Perniagaan Dan Website-Rajin-rajinkan diri untuk melayari blog atau website yang berkaitan perniagaan anda,kerana seperti yg kita tahu banyak manfaat yang boleh kita perolehi.

4.Majalah,Surat Khabar.-Tidak kisahlah samada ianya majalah/surat khabar berkaitan di dalam atau luar negara,tambahan pula berapa sangat nilai kertas yg perlu dipelaburi utk menambahkan ilmu.Setiap hari dimana sahaja anda boleh mendapatkannya.

5.Television Dan Radio-Bukan hanya sekadar utk melihat,mendengar drama atau wayang  kegemaran anda,jika media percuma ini digunakan sebaik mungkin maka fikirkankanlah manfaat ilmu akan anda perolehi lagi.

6.Rakan Atau Saudara Mara- Mencari kawan atau saudara yg mempunyai minat yg hampir sama juga adalah yg terbaik dimana kita boleh berkongsi segala pendapat,matlamat dan pengetahuan dalam bidang masing-masing,disamping memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang di ceburi...

7.Mentor.-Cari dan selidik siapa yg sesuai untuk menjadi sifu atau mentor anda,meskipun kadangkala anda perlu untuk melaburkan sedikit daripada duit anda.Jangan kedekut kerana ilmu pengetahuan itu pastinya tidak ternilai  dan pastikan juga latar belakang sebenarnya mereka sebelum menerima mereka sebagai mentor yang benar-benar bertauliah dari segi pengalaman.Siapa tahu jika anda sudah master dalam ilmu yg anda pelari pasti akan ada juga yang berminat utk menjadikan anda sebagai mentor mereka.




2 ulasan:

  1. wahhh..mcm best je kan..kalau awak boleh buat..sy juga blh kan..hehe...semoga sukses selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa pun boleh buat,...hehehe..dimana ada kemahuan pasti disitu ada jalanraya..:P

      Padam