Jumaat, 30 Ogos 2013

Kepentingan Unique Selling Preposition (USP)

Adakah anda sedang menghadapi masalah untuk “menonjolkan” diri dan bisnes internet anda kepada pasaran?

Adakah anda terpaksa bersaing dengan ramai usahawan internet lain yang turut menjual barangan yang sama seperti anda?

Adakah anda sering bersedih kerana tidak mampu mendapat pemasaran yang sewajarnya untuk diri dan bisnes internet anda dan hanya mampu menjana pendapatan yang sedikit melalui internet?

Sekiranya anda menjawab “Ya” kepada soalan-soalan di atas, maka saya boleh andaikan bahawa anda sebenarnya menghadapi masalah yang lebih mendalam di dalam bisnes internet anda iaitu Unique Selling Proposition atau lebih dikenali sebagai USP yang kurang jelas.

Cabaran Usahawan Internet
Pada masa kini, amat mudah untuk kita memulakan bisnes internet kita sendiri. Namun demikian, masalahnya adalah anda bukanlah satu-satunya individu yang mempunyai niat tersebut. Pada setiap tahun, jumlah individu yang memulakan bisnes mereka sendiri melalui internet meningkat berlipat kali ganda. Mereka semua ingin mengambil bahagian mereka daripada peluang penjanaan wang yang besar melalui internet.

Sudah pasti berlaku masalah pasaran yang dipenuhi dengan maklumat atau barangan yang serupa. Sebagai contoh, di dalam pasaran produk digital untuk panduan penjanaan wang sebagai seorang affiliate, sudah ada ramai usahawan internet yang telah menghasilkan produk digital mereka sendiri sama ada dalam bentuk ebook, audio atau video untuk berkongsi tentang tajuk tersebut. Ini semakin menyukarkan usahawan internet baru untuk menghasilkan maklumat yang serupa dan menembus pasaran produk digital untuk pasaran tersebut.

Begitu juga dengan penjualan produk fizikal. Sudah semakin ramai usahawan internet yang mampu mendapatkan bekalan barangan dengan kadar yang murah dan menjualnya semula kepada orang lain melalui internet. Sudah pasti akan berlaku masalah kepada usahawan internet baru yang ingin menjual barangan yang sudah ada dijual di pasaran internet.
Oleh itu, strategi terbaik untuk menonjolkan diri dan bisnes internet anda di dalam lautan pesaing-pesaing adalah dengan mewujudkan dan memantapkan Unique Selling Proposition anda.



Secara mudahnya, Unique Selling Proposition atau USP merujuk kepada aspek diri anda atau bisnes internet anda yang berbeza berbanding individu atau bisnes internet yang lain. USP yang jelas dan kukuh akan dapat menyampaikan mesej kepada orang lain tentang kekuatan dan kelebihan diri dan bisnes internet anda berbanding pesaing-pesaing anda. USP yang mantap akan dapat memastikan anda dan bisnes internet anda akan dipilih oleh pengunjung apabila mereka membandingkan anda dengan usahawan-usahawan internet lain. Tanpa USP yang jelas dan kukuh, maka diri dan bisnes internet anda akan tengelam di dalam lautan dunia bisnes internet.

Tanpa USP yang jelas dan kukuh, maka ianya akan menjadi lebih sukar untuk mewujudkan penjenamaan yang mantap untuk diri dan bisnes internet anda. Anda akan sukar untuk dikenali dan sukar diingati apabila dilihat bersama usahawan internet lain.

Langkah Pertama Anda
Berita baik untuk anda di sini adalah diri, bisnes internet dan juga produk anda sudah mempunyai USP-nya yang tersendiri. Tugas utama anda sekarang adalah untuk mengetengahkannya dengan lebih jelas agar ianya ketara setiap kali anda melakukan pemasaran kepada prospek anda. Jika anda berjaya menonjolkannya, maka para prospek akan dapat memahami kekuatan anda dan bagaimana anda boleh membantu mereka untuk mencapai keinginan mereka. Ini juga akan memberikan alasan yang kukuh kepada mereka untuk membeli daripada anda dan bukannya daripada para pesaing anda.

Jadi di mana perlu anda bermula?

Bagaimana anda boleh memahami apa sebenarnya USP anda dan bagaimana untuk memastikan yang ianya jelas kepada para prospek anda?

Kesemuanya bermula dengan melakukan penilaian terhadap diri, bisnes internet dan juga produk yang anda tawarkan.

Anda perlu bertanyakan soalan-soalan berikut kepada diri anda:
  • Bagaimana produk atau perkhidmatan anda boleh menambah-nilai atau memperbaiki kehidupan orang lain?
  • Bagaimana anda atau produk anda boleh membantu orang lain?
  • Kenapa orang lain perlukan produk atau perkhidmatan anda?
  • Kenapa perlu mereka beli daripada anda dan bukannya daripada penjual lain?
  • Apa yang boleh anda tawarkan yang tidak boleh ditawarkan oleh penjual lain?


Lakukan langkah pertama iaitu dengan melakukan penilaian terhadap diri, bisnes internet dan juga produk anda. Ia merupakan cara paling utama untuk menentukan kekuatan dan kekurangan anda supaya anda boleh memperkenalkan dan memperbaiki USP anda.

Jika anda boleh menjelaskan dan mengukuhkan identiti dan juga bisnes internet dengan memiliki USP yang jelas, maka ia akan mampu memberikan kekuatan kepada diri dan bisnes internet anda untuk mencapai kejayaan berterusan untuk jangkamasa yang panjang.

Apa yang penting, dengan memiliki USP tersendiri, maka anda tidak akan tengelam di dalam lautan bisnes internet dan akan dapat menarik minat orang lain untuk yakin kepada kredibiliti dan reputasi anda sebagai seorang usahawan internet.

Insya-Allah di dalam artikel blog saya yang seterusnya selepas ini, saya akan berkongsi bagaimana anda boleh menggunakan prospek anda untuk menguatkan USP anda.

Kredit To http://jejakusahawaninternet.com/kepentingan-unique-selling-preposition-usp/

Khamis, 22 Ogos 2013

4 'P' Untuk Asas Perniagaan Internet.

asas-perniagaan-internetApa itu 4 P ?.. 4 P ialah 4 Perinsip untuk asas perniagaan  internet.Melalui 4 perinsip mudah ini anda akan mengetahui langkah demi langkah bagaimana untuk memulakan perniagaan secara online di internet.semoga artikel ini memberikan anda garis panduan,manfaat dan asas yang sebenar dalam perniagaan anda nanti.


1.Produk
- Seperti artikel sebelumnya saya juga menyentuh untuk setiap perniagaan di internet harus mempunyai produk untuk dijual tidak kiralah samada produk yang diniagakan itu milik sendiri atau menjual produk orang lain.Dari segi produk itu pula ada banyak jenis contohnya produk fizikal mahupun produk digital.


2.Platform

- Untuk melakukan jualan secara online perkara terpenting ialah memilih platform yang betul dalam melalukan pemasaran di internet dengan tujuan memperkenalkan lagi perniagaan internet yang dilakukan secara meluas.Anda perlu memiliki website sebagai tapak kepada produk dan perniagaan anda di internet.Ini adalah memudahkan bakal pelanggan anda bertandang,melakukan pembelian,melakukan pertanyaan tentang produk anda,dan banyak lagi.

- Platform kedua ialah dengan menggunakan media sosial seperti facebook,twitter,pintrest dan banyak lagi.Gunakan kelebihan media sosial ini utk menarik minat pelanggan dan bakal pelanggan anda.Sebarkan produk dengan cara yang betul untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan dimasa akan datang.  

3.Pembayaran

-Setiap perniagaan di internet memerlukan satu platform untuk menerima dan melakukan transaksi pembelian dan pembayaran melalui pelanggan.Permudahkan pelanggan anda dengan beberapa kaedah pembayaran produk.Pastikan anda memberikan cara untuk melakukan pembayaran produk anda tidak kisahlah sama ada melalui website ataupun media sosial. 

- Dengan kedai online anda boleh menyediakan skrip borang untuk pelanggan anda membuat pembayaran dan memberikan bukti transaksi untuk anda dengan hanya beberapa klik sahaja.Jika anda menggunakan platform seperti media sosial pastikan akan memberikan panduan dalam bentuk arahan mudah contohnya seperti dibawah..

a) Untuk melakukan pembelian produk XXX sila SMS dan taipkan mesej"XXXX XXXX" dan hantar ke 016 XXX XXXX.

b) Untuk melakukan pembelian produk Sila Pm Kami di http:/XXXXXXX/XXXXX utuk langkah-langkah seterusnya.


4.Pemasaran.

- Untuk Pemasaran melalui internet pula anda perlu menyediakan bahan pemasaran yang lengkap kepada pelangan atau bakal pelangan anda seperti gambar,video,testimoni dari pelanggan yang telah menggunakan produk,penerangan produk dan banyak lagi.Sentiasa share manfaat produk anda dan niatkan juga dalam diri anda bahawa anda mahu meyelesaikan masalah orang lain dan bukan memikirkan keuntungan semata mata saja.Insya Allah!,semoga perniagaan internet yang anda lakukan secara online bakal memperolehi kejayaan yang besar..


Picture credit to www.monakas.com

Ahad, 11 Ogos 2013

Adakah Kemiskinan Boleh Diwarisi?

Adakah Kemiskinan Boleh Diwarisi
Sejauh mana impaknya pada kita? Saya begitu tertarik dengan satu point oleh Dato Dr Ibrahim Ahmad, seorang pakar motivasi ini iaitu kemiskinan boleh diwarisi.Saya fikir ia perlu dikongsikan bersama anda semua.

Saya sangat bersetuju akan perkara ini. Situasi ni memang sangat berleluasa dalam masyarakat Melayu kita. Kedengaran seperti sesuatu yang cliché, tapi saya kira ia penting untuk difahami oleh kita semua.

Kemiskinan secara fizikal kebiasaannya bermula dari kemiskinan minda kita. Kemiskinan minda ni adalah bagaimana kita sendiri melihat kekayaan itu.Kita menolak kekayaan,kita takut akan kekayaan, kita melabel kekayaan sebagai sesuatu yang negatif dan juga sesuatu yang sukar untuk kita capai.

Inilah kemiskinan minda dan pemikiran seperti inilah yang banyak diterapkan dalam institusi kekeluargaan orang Melayu.

Contoh paling mudah,bayangkan situasi sebuah keluarga yang miskin,hanya menaiki sebuah kereta lama dan berselisih dengan sebuah kereta mewah yang dipandu laju.Ketika itu, si bapa pun berkata,

“Sombongnya lah orang kaya kan.Bawa kereta pun tak fikir orang lain, rasa besar sangat dah”

Saya pasti ayat-ayat seperti ini banyak dilontarkan oleh masyarakat kita.Sedangkan, perbuatan seseorang individu itu berkait rapat dengan sifat peribadi, kenapa perlu kita kaitkan kesombongan dengan kekayaan, hanya kerana pemanduan yang teruk?

Sedangkan banyak saja kereta kancil ataupun kelisa yang dipandu laju seperti sebuah Ferrari. Sebab apa?

Sebab itulah impak dari kemiskinan minda kita.Selalu meletakkan kekayaan dalam sebuah ‘bakul’ yang negatif.Dan inilah yang banyak ibu bapa terapkan ke dalam minda anak-anak mereka,tanpa mereka sedari.

Anak-anak dibesarkan dengan persepsi negatif terhadap kekayaan.Bagaimana anak-anak ingin ‘menarik’ kekayaan itu dekat dengannya jika dari kecil lagi ia telah ‘ditolak’ keluar dari minda mereka? Inilah yang diwarisi dari generasi ke generasi masyarakat Melayu kita.

Ayuh kita bersama-sama ubah keadaan ini.Terapkan minda jutawan dalam fikiran anak-anak kita.Walau kita miskin sekalipun,jika nampak kereta mewah,katakan pada anak-anak kita,

“Cantik kan kereta Ferrari tu? Itulah kereta yang anak ayah akan pakai satu hari nanti. Ayah yakin dengan anak ayah!”

Kredit to Muhammad.Zukermi.


Share dan like jika post ini bermanfaat.. :)

Kepentingan Pemasaran Melalui Artikel

Kepentingan Pemasaran Melalui ArtikelPemasaran melalui artikel telah digunakan selama bertahun-tahun lamanya.Daripada penerbitan media,ia telah beralih kepada web atau laman sesawang di mana ramai pakar berkata bahawa artikel pemasaran juga menjadi sangat penting dalam era digital.

Sebab mengapa pemasaran melalui artikel adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja akan meningkatkan laman web anda dengan maklumat yang berguna malahan ia juga akan membuatkan ia naik melalui enjin carian utama dan menarik hampir semua trafik yang berkualiti dengan carian kata kunci yang di diperlukan.

Ini bermakna bahawa peluang untuk orang membeli barang dan produk anda melalui laman web adalah lebih tinggi dan beberapa pelanggan atau prospek ini mungkin datang dari dalam negeri,luar negeri atau dari negara yang berbeza.Ada 5 perkara yang anda perlu lihat dengan teliti dibawah,

A.Anda hanya boleh melakukan pemasaran artikel ini dengan memilih beberapa kata kunci yang tepat bagi mensasarkan pencarian yang akan diambil kira oleh enjin carian apabila seseorang memutuskan untuk mencari kata kunci atau keyword tersebut.

B.Satu lagi pilihan adalah untuk menghantar artikel anda kepada mereka yang sememangnya memerlukan maklumat yang berguna dan benar-benar sahih.Ini boleh dilakukan dengan memuat naik artikel untuk rangkaian kegemaran anda dalam talian internet.Terdapat juga laman web popular untuk menyerahkan artikel anda secara percuma dan juga dikenali sebagai direktori untuk enjin carian artikel dimana anda boleh mengemukakan artikel pemasaran anda dan mereka akan menyiarkannya secara percuma.

C.Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan yang mempunyai laman web dan meminta mereka menyiarkan artikel anda pada laman web mereka.Lebih banyak laman web yang anda boleh dapat untuk mengiklankan pemasaran artikel anda maka lebih banyak lagi trafik yang akan menghala ke laman web anda.

D.Jika anda telah pun menulis banyak artikel,jangan lupa untuk mengketegorikan dan mengasingkan setiap artikel mengikut niche yang tertentu kerana ini memudahkan lagi pengunjung anda nanti untuk membacanya.

E.Berikan pengunjung anda penghargaan dengan memberikan ebook atau panduan percuma yang barkaitan dan berguna kepada mereka.

Artikel pemasaran adalah salah satu daripada alat dalam mempromosikan laman web anda melalui laman web yang lain.Terdapat juga beberapa kaedah lain untuk melakukan pemasaran melalui artikel yang lebih anvanced dan menjadi sangat popular tapi perbezaannya ialah anda perlu menghabiskan beberapa ringgit dalam usaha tersebut.

Jadi,adakah artikel pemasaran penting? Jawapannya adalah ya kerana dengan 300 hingga 500 perkataan,anda boleh menyampaikan maklumat kepada pembaca di peringkat yang lebih baik daripada apa yang boleh dilakukan dengan melakukan pengiklanan banner.Kebanyakan orang tidak memberi perhatian sangat kepada iklan banner kerana ia tidak menyampaikan apa yang mereka inginkan.

Mungkin bahagian yang terbaik adalah bahawa anda tidak perlu menjadi seorang penulis yang pakar kerana anda cuma perlu menyampaikan apa yang mereka mahu.Tulis apa kelebihan,manfaat produk tersebut dan bagaimana ia boleh membantu mereka.kesimpulannya adalah mesej yang cuba disampaikan itu jelas.

Jika anda mempunyai masalah dalam penulisan dalam pemasaran melalui artikel,buat satu draft dan kumpulkan maklumat sebanyak mungkin melalui enjin carian,kumpulkan semua data dan kaji semula.Ambilkan beberapa maklumat yang berkaitan dan tulis semula sebagai satu artikel.Bagi mereka yang lansung malas dan tiada masa,mungkin anda perlu mengupah seseorang untuk melakukannya untuk anda dengan hanya memberikan mereka garis panduan tertentu mengenai mesej yang anda cuba sampaikan.

Seseorang yang mahu mencari sesuatu menggunakan web perlu menaip kata kunci tertentu di salah satu enjin carian utama.Jika anda mahu orang ramai untuk mencari laman web anda,anda perlu meletakkan diri anda kepada sebaliknya atau selami bagaimana prospek itu berfikir dan kemudian masukkan ke dalam maklumat dan fakta supaya anda boleh dipercayai. Ini adalah intipati daripada kepentingan pemasaran artikel dan mengapa ia begitu penting untuk sesiapa sahaja yang mahu melakukan perniagaan melalui internet.

Like dan share jika post ini memberi manfaat kepada anda.


Sabtu, 10 Ogos 2013

Kepentingan Mentor Untuk Usahawan Internet

Sekiranya anda baru sahaja menceburkan diri dalam bidang keusahawanan Internet,anda memerlukan tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya.Sudah tentu anda boleh menghabiskan masa untuk mendalami ilmu-ilmu berkenaan keusahawanan Internet, membeli produk dan kursus yang melatih anda untuk berjaya.Namun pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan seorang mentor untuk anda ikuti jejak langkah kejayaan beliau?


Sebenarnya,dengan cara memiliki mentor untuk perniagaan anda akan memberikan beberapa kelebihan. Mari kita lihat satu per satu kelebihan-kelebihan tersebut.

1. Belajar dari ilmu dan pengalaman mentor
Oleh kerana mentor lazimnya adalah seorang yang lebih lama berada dalam dunia perniagaan Internet,sudah tentu mereka mempunyai ilmu dan pengalaman masing-masing.Sebagai mentee,anda boleh belajar dari ilmu mentor anda bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan dalam niche pilihan anda,di samping mempelajari daripada pengalaman mentor anda.Apakah yang telah dilaluinya untuk mencapai posisi beliau sekarang? Apakah kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini yang sudah tentu anda perlu elakkan dalam perniagaan anda sendiri? Semua persoalan ini boleh dijawab oleh mentor anda.

2. Tunjuk ajar dan nasihat untuk memperbaiki diri sendiri
Anda juga boleh memanfaatkan tunjuk ajar dan nasihat mentor anda bagi tujuan memperbaiki diri anda sendiri sebagai seorang usahawan Internet.Dengan mendengar dan melihat rutin mentor,anda akan mempunyai gambaran bagaimana untuk menjalankan perniagaan dengan jayanya.

3. Berkongsi sumber-sumber yang digunakan oleh mentor
Sekiranya anda beruntung,mentor anda akan mendedahkan sumber-sumber yang beliau sendiri gunakan untuk perniagaan beliau,seperti perkhidmatan penulisan ebook,rekaan grafik,penulisan auresponder, percetakan dan sebagainya.Dengan cara ini, anda tidak perlu meneliti satu persatu produk atau perkhidmatan yang anda boleh gunakan untuk perniagaan anda.Sebaliknya,mentor anda telahpun menyaring sumber-sumber ini kerana kecekapan mereka dan rekod perkhidmatan yang memuaskan,dan anda cuma perlu menggunakan sahaja sumber-sumber ini.

4. Asas yang baik untuk rangkaian jangka panjang
Dengan memiliki mentor, anda sebenarnya meletakkan asas yang baik untuk rangkaian perniagaan anda pada jangka masa panjang.Ini adalah kerana mentor anda telah lebih lama berkecimpung dalam perniagaan Internet, beliau telahpun membina rangkaian yang kukuh untuk perniagaan beliau.Sebagai anak murid beliau, anda sebenarnya mengambil jalan singkat untuk mencelah masuk ke dalam rangkaian mentor anda tadi.Setelah mengetahui kelebihan-kelebihan mempunyai mentor untuk perniagaan anda,mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah untuk memilih mentor yang sesuai untuk anda? Berikut diberikan beberapa tip untuk anda aplikasikan.

1. Dapatkan pandangan rakan-rakan usahawan
Sudah tentu tip yang paling asas adalah dengan bertanyakan pandangan rakan-rakan usahawan yang lain. Terdapat beberapa medium Facebook,Twitter dan forum yang anda boleh bertanyakan pandangan tersebut. Sebagai orang baru,anda tidak perlu segan silu bertanya.Dan biasanya,anda akan mendapat maklum balas yang memuaskan daripada rakan-rakan usahawan anda yang telahpun melalui proses mentoring sebelum ini dan mereka mungkin mencadangkan beberapa orang prospek mentor yang anda boleh pertimbangkan.

2. Mentor yang sesuai dengan keperluan anda
Anda boleh gariskan kekurangan diri dan perniagaan anda dan senaraikan beberapa prospek mentor untuk dipertimbangkan.Pilihlah mentor yang sesuai dengan keperluan anda.Seorang usahawan paling terkemuka di dunia besar kemungkinan bukan prospek mentor yang terbaik untuk anda kerana mungkin ilmu dan pengalaman mereka sudah mencapai tahap paling tinggi,dan tidak bersesuaian untuk orang baru seperti anda.

3. Perhatikan kaedah komunikasi dengan mentor
Semak kaedah komunikasi dengan mentor,adakah anda diberikan peluang bersua muka dengan mentor anda,atau sekadar online chat sekali setiap minggu,ataupun komunikasi melalui emel sahaja dan terhad kepada satu emel setiap bulan? Sudah tentu anda inginkan seorang mentor yang boleh kerap berkomunikasi dengan anda bagi memenuhi keperluan perniagaan Internet anda.

4. Kelaziman anda boleh mendapatkan khidmat mentoring
Tip seterusnya adalah berapa lazim anda boleh mendapatkan khidmat mentoring daripada mentor anda, selain daripada kaedah komunikasi yang telah ditetapkan.Anda mungkin berdepan dengan situasi yang memerlukan khidmat nasihat segera daripada mentor anda,dan anda perlu yakin bahawa mentor anda sedia mendengar masalah anda untuk perbincangan dan nasihat penyelesaian.
Itulah dia perkongsian ringkas mengenai kelebihan-kelebihan mentoring untuk seorang usahawan Internet seperti anda,dan beberapa tip ringkas bagaimana untuk memilih mentor yang sesuai dengan keperluan anda.

Semoga Ini dapat membantu anda..

Selamat Menyambut Hari Raya,Maaf Zahir Dan Batin..