Memaparkan catatan dengan label niche yang menguntungkan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label niche yang menguntungkan. Papar semua catatan

Sabtu, 6 April 2013

Mencari Niche Yang Menguntungkan

http://images.inmagine.com/400nwm/iris/ikonimages-004/ptg01879804.jpg Mencari profitable niche atau niche yang menguntungkan bukanlah sesuatu yang mudah.Namun,ia boleh menjadi senang jika kita tahu apa yang kita lakukan.Pernahkan anda berfikir bahawa kononnya niche tersebut mempunyai pasaran yang luas.Namun,selepas beberapa ketika jualan untuk produk tersebut tiada atau sedikit.

Untuk menari niche yang menguntungkan anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas.Anda perlu banyak membaca supaya anda tidak tersilap langkah.Dengan pengetahuan yang luas, anda boleh mengesan sama ada niche tersebut mempunyai pasaran atau tidak.Ya,semua niche mempunyai pasaran masing –masing. Namun, tidak semua pasaran menguntungkan.

Berikut adalah lima perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk mencari niche yang menguntungkan :-

1.Elakkan memilih niche yang anda rasa anda suka tetapi ia sudah ternyata tidak menguntungkan.

Kadangkala,newbie affiliate teruja untuk menjual sesuatu yang mereka suka.Namun,jika niche tersebut tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan,masa dan tenaga anda mungkin terbazir begitu sahaja.Anda perlu peka dan berfikiran logik.Jika pasaran tersebut tidak mempunyai potensi, tidak perlulah anda bersungguh – sungguh mempromosikan sesuatu yang tidak mempunyai potensi pasaran yang luas.

 2.Jangan terperangkap dengan pemikiran anda yang tidak suka akan sesuatu.

Jika anda tidak suka akan niche tersebut, tidak bermakna ia tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan. Anda perlu bersikap rasional di dalam penentuan niche bagi pemasaran affiliate anda.Sesuatu yang mahal tidak semestinya mempunyai pasaran yang kecil.Jangan di sebabkan pemikiran sebegini anda terlepas dari terjumpa niche yang menguntungkan.

3.Sentiasa lakukan kajian keyword.

Sentiasa melihat trend semasa di twitter, facebook,google,yahoo,youtube serta berbagai laman sosial dan enjin carian yang ada.Anda juga boleh sentiasa lakukan kajian keyword sendiri.Cari keyword apakah yang mempunyai bilangan carian yang terbanyak.Dari sini,anda mungkin boleh menemui sebutir emas di sebalik bertan – tan pasir yang ada.


4.Pilih produk berdasarkan kajian keyword anda.

Selepas mengetahui apa yang menjadi perbualan semasa atau niche yang menguntungkan, anda perlu pilih produk berkaitan dan lakukan promosi dengan segera.Ini bagi menilai potensi permulaan bagi niche tersebut. Setkan kempen promosi selama sebulan.Jika dalam  masa sebulan ini, anda boleh memperoleh keuntungan yang memberangsangkan,anda tahu anda telah menemui niche yang hangat.


5.Sentiasa  pelbagaikan niche yang ada.

Cuba tanya pada diri anda apa yang tidak kena dengan sesuatu niche itu.Apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan lagi potensi pasaran bagi niche tersebut.Cuba gabungkan berbagai niche dalam satu niche suntuk membentuk satu niche baru yang mempunyai potensi pasaran yang lebih luas.Pendek kata, jangan hanya selesa dengan satu niche sahaja.Pelbagaikan niche yang ada.

Jumaat, 5 April 2013

10 Perkara Asas Dalam Menghasilkan Perniagaan Affiliate Yang Menguntungkan..

http://www.freedigitalphotos.net/images/Other_Metaphors_and__g307-Top_Ten_Word_And_Fireworks_p100806.html
Berikut adalah 10 perkara asas yang boleh anda amalkan untuk membentuk perniagaan affiliate yang menguntungkan :-

1.Memilih satu niche.

Jangan pilih satu produk tetapi pilih satu niche. Dalam banyak-banyak niche yang ada di pasaran, anda pilih satu niche yang lekat di jiwa anda. Rezeki tidak hanya ada pada niche make money online sahaja kerana terdapat banyak lagi niche yang boleh memberi keuntungan kepada anda seperti niche keluarga, niche pendidikan seks dan niche perkahwinan.Kunci di sini adalah anda memilih hanya satu niche bagi permulaan perniagaan anda supaya anda boleh fokus dengan segala kaedah pemasaran yang ada.


2.Mencari produk affiliate yang bermutu tinggi.

Untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu memilih dan mempromosi produk yang berkualiti tinggi. Produk yang berkesan dan berkualiti tinggi akan memberi tanggapan yang baik pada para pelanggan. Jadi, potensi untuk anda menghasilkan jualan adalah tinggi. Jangan tersilap langkah dan memilih produk yang menipu.

3.Bina website bagi setiap niche.

Jangan campur berbagai niche dalam satu blog atau website. Jika anda serius untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan affiliate, anda perlu bina website khas bagi setiap niche yang anda promosikan. Dari sini, anda boleh fokus untuk menjadikan website anda itu one stop point bagi mereka yang mencari yang mencari produk mengenai niche yang anda pilih itu.

4.Sediakan bajet yang mencukupi atau promosi mengikut bajet anda.

Bagi mereka yang ada modal yang banyak, mereka mungkin boleh melakukan promosi melalui pay per click. Manakala bagi mereka yang tiada modal yang banyak mereka boleh tumpukan pada pemasaran percuma seperti pemasaran laman sosial, pemasaran artikel atau SEO. Kawal bajet anda supaya anda tidak membelanjakannya terlalu berlebihan.Bagi setiap website atau niche, anda peruntukkan bajet tertentu dan apabila sudah memperoleh untung, anda boleh labur semula untuk website tersebut bagi memperoleh ketuntungan yang lebih besar.


5.Sentiasa menarik terus pelanggan ke website anda.

Terdapat berbagai cara untuk menarik trafik terus ke website anda, antaranya adalah melalui pay per click, pemasaran artikel, SEO, press release dan bermacam-macam lagi. Konsep promosi anda adalah menarik pelanggan ke website anda.
  
6.Meletakkan link affiliate di dalam setiap post blog anda.

Jika anda ingin menjadi usahawan berjaya, jadilah seorang usahawan. Seorang usahawan sentiasa tidak melupakan aktiviti promosi walaupun mereka sedang tidur. Tinggalkan link affiliate di mana sahaja anda boleh tinggalkan jejak seperti di forum-forum, iklan direktori, blog comment dan lain – lain website.


7.Beri produk percuma untuk mengumpul senarai emel.

Setiap super affiliate pasti akan mengutamakan pengumpulan senarai emel. Ini kerana pemasaran emel adalah pemasaran yang paling santai sekali. Anda perlu ada senarai emel jika ingin bersaing dengan para otai.


8.Jadikan diri tempat pertanyaan.

Jika ada pelanggan atau pelawat website yang mempunyai masalah, jadikan diri anda tempat mereka mengadu. Sediakan sistem support di website anda supaya mereka senang untuk hubungi anda nanti.  Di dalam pemasaran affiliate, jangan sesekali anda mengurangkan jumlah potensi pembeli. Mewujudkan sistem support boleh merancakkan jualan anda.

9.Cuba menghasilkan pendapatan pasif.

Affiliate bagi produk yang melibatkan bayaran bulanan boleh memberi pendapatan pasif pada anda. Jika anda cukup yakin, anda patut cuba untuk mengutamakan produk yang ada bayaran bulanan. Pendapatan pasif adalah salah satu sumber pendapatan yang lumayan di internet. Contoh bagi pendapatan pasif adalah affiliate bagi autoresponder seperti aweber dan web hosting seperti hosgator.

10.Bekerja  mengikut jadual.

Perkara asas yang kesepuluh adalah apa yang anda rancangkan, anda ikut. Jangan sesekali berhenti bekerja sekali anda tidak selesaikan sesuatu tugas. Ini kerana sifat menangguh-nangguhkan kerja boleh membantutkan aktiviti promosi anda.