Sabtu, 6 April 2013

Sembilan Perkara Yang Anda Perlu Fikir Sebelum Memilih Produk Affiliate.

http://www.freedigitalphotos.net/images/Alphanumeric_Charact_g414-Brick_Wall_Numeric_With_Shadow_On_White_Background_p126449.html
Ada sembilan perkara yang anda perlu fikir sebelum memilih produk affiliate.

Semua orang tahu, affiliate adalah cara mudah untuk jana wang di internet. Anda boleh melakukan carian di Internet menggunakan frasa berikut ‚“
[ Nama Niche] Affiliate programe“ untuk mencari program affiliate untuk anda sertai dan jana pendapatan darinya. Namun, sebelum anda memulakan promosi anda perlu pastikan program affiliate itu adalah bagus  untuk elakkan diri dari rugi atau tertipu.Berikut adalah 9 perkara yang anda perlu perhatikan sebelum anda mempromosi sesuatu produk itu.

 1.Adakah surat jualan bagi produk tersebut bagus?

Baca surat jualan bagi produk affiliate yang anda ingin promosi.Letakkan diri anda seperti seorang pembeli dan perhatikan sama ada ingin membeli atau tidak selepas membaca surat jualan tersebut.Jika anda tidak rasa keinginan untuk membeli,eloklah anda cari sahaja produk yang lain.Jika anda tidak yakin,apa lagi orang lain yang membacanya.Cari produk yang mempunyai  surat jualan yang hebat dan menarik.

2.Adakah produk tersebut mempunyai kredibiliti yang tinggi?

Periksa sama ada produk tersebut mempunyai kredibiliti atau tidak.Adakah testimoninya boleh di percayai? Adakah pemilik produk boleh di percayai?  Periksa segalanya mengenai produk tersebut.Pendek kata, anda tanya diri anda,adakah anda percaya dengan produk tersebut? Jika anda tidak percaya,orang lain juga tidak akan percaya.Siasat review pembeli mengenai produk tersebut.

3.Siasat review atau komen positif mengenai produk tersebut.

Lakukan carian di Internet mengenai produk affiliate.Anda boleh cuba frasa berikut "[product name] review". Jika terdapat banyak komen yang positif,anda boleh teruskan rancangan anda untuk mempromosi produk tersebut.Adalah penting untuk produk tersebut mempunyai review yang positif kerana ia boleh menambah keyakinan kepada bakal pembeli.

4.Adakah bahan promosi untuk affiliate di sediakan?

Lihat di ruangan affiliate, adakah pemilik produk menyediakan bahan-bahan untuk anda melakukan promosi. Antaranya adalah banner,artikel,viral ebook,squeeze page,video,artikel review dan lain-lain.Jika tiada tetapi anda yakin produk tersebut boleh memberi hasil pada anda, anda boleh teruskan sahaja.Namun,saya nasihatkan anda utamakan produk yang ada bahan-bahan promosi kerana anda sudah nampak bagaimana hendak memulakan promosi.


5.Adakah produk yang anda promosikan itu mempunyai permintaan atau tidak?

Anda janganlah memilih produk yang tidak laku.Anda menjadi affiliate adalah untuk wang dan anda perlu bijak.Anda hanya pilih produk yang ada permintaan dan mempunyai peluang yang tinggi untuk terjual.Jimatkan wang,tenaga atau masa anda utk megelakkan kurugian.

6.Jenis komisyen yang anda boleh dapat?

Siasat jumlah komisyen yang mampu anda peroleh dari produk tersebut.Sekarang sudah menjadi trend untuk sesuatu produk itu mempunyai upgrade jualan. Ini bermakna, bagi satu produk,anda berpeluang untuk memperoleh beberapa kali komisyen.Kira jumlah komisyen bagi menentukan modal dan usaha yang bakal anda laburkan.

7.Periksa sistem cookie bagi link affiliate anda.

Untuk memeriksa sistem cookie sesuatu produk,anda boleh periksa terma dan syarat affiliate atau anda boleh tanya terus pada pemilik produk.Sistem cookie penting untuk di ketahui kerana ia boleh mempengaruhi cara anda melakukan promosi.Risiko menjadi affliate adalah komisyen mungkin terlepas pada orang lain atau pemilik produk itu sendiri di sebabkan cookie yang tidak menanam link affiliate anda di komputer pelanggan.

8.Bila bayaran akan di lakukan?

Ketahui dengan jelas kaedah pembayaran komisyen dan bila ianya akan di bayar. Ia perlu di periksa supaya anda tiada masalah untuk menerima  pembayaran kelak dari pemilik produk affiliate.

9.Adakah statistik affiliate di sediakan?

Periksa ruangan affiliate dan perhatikan sama ada statistik di sediakan.Statistik adalah penting supaya anda boleh track jualan anda.Dari berapa klik,berapa jualan yang terhasil.Dari kaedah mana anda memperoleh klik yang banyak. Pendek kata, statistik penting untuk anda melihat prestasi promosi anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan