Jumaat, 5 April 2013

10 Perkara Asas Dalam Menghasilkan Perniagaan Affiliate Yang Menguntungkan..

http://www.freedigitalphotos.net/images/Other_Metaphors_and__g307-Top_Ten_Word_And_Fireworks_p100806.html
Berikut adalah 10 perkara asas yang boleh anda amalkan untuk membentuk perniagaan affiliate yang menguntungkan :-

1.Memilih satu niche.

Jangan pilih satu produk tetapi pilih satu niche. Dalam banyak-banyak niche yang ada di pasaran, anda pilih satu niche yang lekat di jiwa anda. Rezeki tidak hanya ada pada niche make money online sahaja kerana terdapat banyak lagi niche yang boleh memberi keuntungan kepada anda seperti niche keluarga, niche pendidikan seks dan niche perkahwinan.Kunci di sini adalah anda memilih hanya satu niche bagi permulaan perniagaan anda supaya anda boleh fokus dengan segala kaedah pemasaran yang ada.


2.Mencari produk affiliate yang bermutu tinggi.

Untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu memilih dan mempromosi produk yang berkualiti tinggi. Produk yang berkesan dan berkualiti tinggi akan memberi tanggapan yang baik pada para pelanggan. Jadi, potensi untuk anda menghasilkan jualan adalah tinggi. Jangan tersilap langkah dan memilih produk yang menipu.

3.Bina website bagi setiap niche.

Jangan campur berbagai niche dalam satu blog atau website. Jika anda serius untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan affiliate, anda perlu bina website khas bagi setiap niche yang anda promosikan. Dari sini, anda boleh fokus untuk menjadikan website anda itu one stop point bagi mereka yang mencari yang mencari produk mengenai niche yang anda pilih itu.

4.Sediakan bajet yang mencukupi atau promosi mengikut bajet anda.

Bagi mereka yang ada modal yang banyak, mereka mungkin boleh melakukan promosi melalui pay per click. Manakala bagi mereka yang tiada modal yang banyak mereka boleh tumpukan pada pemasaran percuma seperti pemasaran laman sosial, pemasaran artikel atau SEO. Kawal bajet anda supaya anda tidak membelanjakannya terlalu berlebihan.Bagi setiap website atau niche, anda peruntukkan bajet tertentu dan apabila sudah memperoleh untung, anda boleh labur semula untuk website tersebut bagi memperoleh ketuntungan yang lebih besar.


5.Sentiasa menarik terus pelanggan ke website anda.

Terdapat berbagai cara untuk menarik trafik terus ke website anda, antaranya adalah melalui pay per click, pemasaran artikel, SEO, press release dan bermacam-macam lagi. Konsep promosi anda adalah menarik pelanggan ke website anda.
  
6.Meletakkan link affiliate di dalam setiap post blog anda.

Jika anda ingin menjadi usahawan berjaya, jadilah seorang usahawan. Seorang usahawan sentiasa tidak melupakan aktiviti promosi walaupun mereka sedang tidur. Tinggalkan link affiliate di mana sahaja anda boleh tinggalkan jejak seperti di forum-forum, iklan direktori, blog comment dan lain – lain website.


7.Beri produk percuma untuk mengumpul senarai emel.

Setiap super affiliate pasti akan mengutamakan pengumpulan senarai emel. Ini kerana pemasaran emel adalah pemasaran yang paling santai sekali. Anda perlu ada senarai emel jika ingin bersaing dengan para otai.


8.Jadikan diri tempat pertanyaan.

Jika ada pelanggan atau pelawat website yang mempunyai masalah, jadikan diri anda tempat mereka mengadu. Sediakan sistem support di website anda supaya mereka senang untuk hubungi anda nanti.  Di dalam pemasaran affiliate, jangan sesekali anda mengurangkan jumlah potensi pembeli. Mewujudkan sistem support boleh merancakkan jualan anda.

9.Cuba menghasilkan pendapatan pasif.

Affiliate bagi produk yang melibatkan bayaran bulanan boleh memberi pendapatan pasif pada anda. Jika anda cukup yakin, anda patut cuba untuk mengutamakan produk yang ada bayaran bulanan. Pendapatan pasif adalah salah satu sumber pendapatan yang lumayan di internet. Contoh bagi pendapatan pasif adalah affiliate bagi autoresponder seperti aweber dan web hosting seperti hosgator.

10.Bekerja  mengikut jadual.

Perkara asas yang kesepuluh adalah apa yang anda rancangkan, anda ikut. Jangan sesekali berhenti bekerja sekali anda tidak selesaikan sesuatu tugas. Ini kerana sifat menangguh-nangguhkan kerja boleh membantutkan aktiviti promosi anda.

55 ulasan:

  1. mantap nih ,buat nambah pengetahuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. silalah berkunjung lagi utk dapatkan tips2 menarik..terima kasih atas kunjungannya..

      Padam
  2. Balasan
    1. you are welcome and thanks for u coment!!...

      Padam
  3. Maaf niche itu apa maksudnya? :)
    Terima kasih sudah berkunjung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Niche itu bermaksud Peng"khususan" kepada sesuatu perkara @ bidang..cthnya kesihatan adalah satu niche yg membahaskan tentang masalah atau menangani cara hidup sihat,..maaf atas kelewatannya...

      Padam
  4. Thanks for sharing :)

    BalasPadam
  5. Good night for all... Blogwalking me.. Thank You

    BalasPadam
  6. Terima kasih Buat semua yg Sudi Berkunjung dan sudi memberikan komen terbaik utk Blog Saya ni..cume jikalau boleh pastikan anda melakukan komen yg beretika dan tiada unsur2 spam dan sebagainya....apa pun saya terpaksa delete mana2 yg berunsurkan spam...Terima Kasih..

    BalasPadam
  7. Thanks for sharing, useful tips. Have a good day.

    BalasPadam
  8. salam blogger :D visit balik blog saya http://blog-masbayu.blogspot.com

    BalasPadam
  9. nice info ni :)

    visit ya http://ichwansuenta.blogspot.com

    jangan lupa follback :)

    BalasPadam
  10. berkunjung....artikelya bagus...!! (y)

    BalasPadam
  11. Mantap isi dan infonya. banyak berguna bagi pembaca dan terima kasih atas info yang bermanfaat ini. sukses buat Anda

    BalasPadam
  12. terima kasih lawat blog sy ye.anyway, info yang menarik :)

    BalasPadam
  13. bagus nih blog, berbagi cerita keberhasilan.
    smoga bertambah berhasil.

    BalasPadam
  14. Bagus info ni...Sesiapa hendak tahu program buat online bolehlah ke blog saya...

    BalasPadam
  15. Balasan
    1. happy day 2...but it's midnigt in here,,,,:P

      Padam
  16. postingan menarik dan penuh informasi yg bagus
    terima kasih sudah berbagi

    BalasPadam
  17. artikel yang menarik..tq for sharing

    BalasPadam
  18. menarik nih artikelnya,, update terus yaa

    BalasPadam
  19. good info~

    Dulu kite pernah join, tapi dah lame tinggalkan iklan cmnih. haha.

    BalasPadam
  20. Nice tips sis.. jangan lupa blog walking di blog saya ":)" di tunggu post selanjutnya

    BalasPadam
  21. kalo blog saya cocoknya apa ya, biar bisa sebagai affiliate

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  22. nice posting mas bro :D
    visit back :)

    BalasPadam
  23. Artikel yg bagus..tQ atas perkongsian..Ramai yg tak suka part no 4.. nk dapatkan traffik tinggi tp lebih suka guna kaedah percuma..Boleh memang boleh tapi brp byk kepakaran teknik pemasaran yg kita ada sbnarnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 dan terima kasih kerana sudi singgah diteratak hamba ini:)...bagi pendapat saya,..percuma bagus,cuma ianya amat2 terhad,..teknik pemasaran pula bergantung kepada kepakaran masing2 dan ada banyak cara,blogwalking,forum,facebook,twitter malah pemasaran email menggunakan autoresponder percuma ada jgk,dan bermacam2 lagi kaedahnya,..dan setiap kaedah2 tersebut dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil utk memaksimakan sebanyak mana trafik yg boleh dan yang terakhir ialah berapa ramai yang konsisten utk terus melakukan kaeadah2 percuma ni..Ada jugak yang dah beli itu,belajar ini tapi masih gagal utk menghasilkan jualan kerana cara pemasaran yang tidak fokus dan konsisten...baru 3-5 kali promosi dah down..huhuhuhu..yang hebatnya plk terus promote benda2 lain..
      :)

      Padam
  24. Info yang menarik..bagus dan amat berguna untuk newbie-newbie di luar sana..

    BalasPadam