Ahad, 11 Ogos 2013

Adakah Kemiskinan Boleh Diwarisi?

Adakah Kemiskinan Boleh Diwarisi
Sejauh mana impaknya pada kita? Saya begitu tertarik dengan satu point oleh Dato Dr Ibrahim Ahmad, seorang pakar motivasi ini iaitu kemiskinan boleh diwarisi.Saya fikir ia perlu dikongsikan bersama anda semua.

Saya sangat bersetuju akan perkara ini. Situasi ni memang sangat berleluasa dalam masyarakat Melayu kita. Kedengaran seperti sesuatu yang cliché, tapi saya kira ia penting untuk difahami oleh kita semua.

Kemiskinan secara fizikal kebiasaannya bermula dari kemiskinan minda kita. Kemiskinan minda ni adalah bagaimana kita sendiri melihat kekayaan itu.Kita menolak kekayaan,kita takut akan kekayaan, kita melabel kekayaan sebagai sesuatu yang negatif dan juga sesuatu yang sukar untuk kita capai.

Inilah kemiskinan minda dan pemikiran seperti inilah yang banyak diterapkan dalam institusi kekeluargaan orang Melayu.

Contoh paling mudah,bayangkan situasi sebuah keluarga yang miskin,hanya menaiki sebuah kereta lama dan berselisih dengan sebuah kereta mewah yang dipandu laju.Ketika itu, si bapa pun berkata,

“Sombongnya lah orang kaya kan.Bawa kereta pun tak fikir orang lain, rasa besar sangat dah”

Saya pasti ayat-ayat seperti ini banyak dilontarkan oleh masyarakat kita.Sedangkan, perbuatan seseorang individu itu berkait rapat dengan sifat peribadi, kenapa perlu kita kaitkan kesombongan dengan kekayaan, hanya kerana pemanduan yang teruk?

Sedangkan banyak saja kereta kancil ataupun kelisa yang dipandu laju seperti sebuah Ferrari. Sebab apa?

Sebab itulah impak dari kemiskinan minda kita.Selalu meletakkan kekayaan dalam sebuah ‘bakul’ yang negatif.Dan inilah yang banyak ibu bapa terapkan ke dalam minda anak-anak mereka,tanpa mereka sedari.

Anak-anak dibesarkan dengan persepsi negatif terhadap kekayaan.Bagaimana anak-anak ingin ‘menarik’ kekayaan itu dekat dengannya jika dari kecil lagi ia telah ‘ditolak’ keluar dari minda mereka? Inilah yang diwarisi dari generasi ke generasi masyarakat Melayu kita.

Ayuh kita bersama-sama ubah keadaan ini.Terapkan minda jutawan dalam fikiran anak-anak kita.Walau kita miskin sekalipun,jika nampak kereta mewah,katakan pada anak-anak kita,

“Cantik kan kereta Ferrari tu? Itulah kereta yang anak ayah akan pakai satu hari nanti. Ayah yakin dengan anak ayah!”

Kredit to Muhammad.Zukermi.


Share dan like jika post ini bermanfaat.. :)

1 ulasan:

  1. Patut nasihat, "ingat anak2, walau bulldozer yang kamu pandu, akhlak paling utama, jangan berlagak sombong di dunia fana!"

    BalasPadam